ok...sambungan dari 2/5:::
.
Golongan kedua yang akan kita kenali digelar sebagai golongan Qadariyyah.
Mereka pula beriktikad bahawa setiap perbuatan yg dilakukan oleh manusia ialah menurut kehendak sendiri. Hingga menafikan Qudrat (kuasa) dan Iradat (kehendak) Allah di dalam kehidupan ini.
Perkara ini juga jelas disangkal dengan adanya ayat di atas.
Kerana jika kita mempunyai qudrat mengatasi Qudrat Allah, nescaya tidaklah kita sebagai hambaNya berhajat untuk meminta pertolongan Allah dan menyembahNya.
Betoi tak kawan2 sekalian??ish3
Nauzubillahiminzalik…
.
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula,
iktikad kita ialah segala pekerjaan yang dilakukan itu dijadikan oleh Allah Taala
manakala usaha itu dilakukan oleh hambaNya (manusia)
.
Hal ini dapat kita lihat di dalam ayat ini;
“ Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yg kamu perbuatkan itu, ” (Surah Ash-Shaaffaat,96)
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya…. ” (Surah Al-Baqarah, 286).
Secara analogi(ayat besh ckit..hihihihi)yang mudah, saya ambil perbuatan makan.
Allah menjadikan kita dapat makan.
Manusia yang memilih untuk memakan makanan yang halal ataupun yang haram.
Hal yang sama juga dengan nafsu syahwat, Allah menciptakan perkara itu dan membenarkan ianya disalurkan.
Manusialah yang memilih sama ada ingin berkahwin iaitu secara halal ataupun berzina iaitu secara haram.
ok? fahamkan..?kite continue lagi..
Namun sekiranyer kite sbgai manusia memilih untuk berzina atau memakan babi misalnya, bolehkah Allah menghalang perkara itu ? Tentu sahaja boleh.
Namun dibenarkan ianya berlaku meskipun Allah cukup murka mengenainya.
Ini kerana dunia merupakan medan ujian ketaatan hambaNya.(masih ramai xmengetahuinyer..huhuhuuhuhu...)
.
Melalui sifat Rahman (Maha Pemurah) Allah, kesemua makhlukNya menerima nikmat.
Namun hanya dengan sifat ar Rahim (Maha Penyayang) Allah,
seseorang hamba diizinkan memasuki syurgaNya.
Namun, berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh Allah?
Pasti ramai antara kita yang masih macam tu...
kite sambung pada entry akan datang plak ye..tunggu...
3/5
