BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to my blog

Welcome to my blog

JULIANA MARISSA BERCERITA

:::::TERIMA KASIH KERANA MEMBACA::::::

Friday, August 10, 2012

Pasang Surut

Hye...lame x update...Mis J juz nk kongsi cerita...mmm
hidup nie ad pasang surutnyer....
setiap orang akan alaminyer...
skrang nie..dah surut..
mmg sedih...
tp bile pk blik..
mom pn dah gve up...
jd Mis J pn.mlas dah nk ckp ap....
malas nk pk tue tipu la..stiap mse mis J pk...
cri jalan penyelesaian..tp sayang...
cmnie gak...
jd mis J pn agak malas nak bersihkan lantai if kite dah sedia maklum warne die mmg coklt..
nmpak kotor...
jd kite usaha..org xhargai....xde gune jugak..asyik pk pasal org laen..
tp org xpernh pn pk psl kite....
bialah....moga Mis J kuat..tabah tok harunginyer....
k.la...sedih plak..hihihi

Wednesday, February 15, 2012

Pagi yang hening

.
.
HYE...entry kali nie berkisar mengenai keredhaaNya.. Knape ye... mIsJ sekarang masih lagi jahil dalam bab2 agama nie..dan masih lagi memohon keampunan atas dosa yang misJ lakukan dari kecil sampai la misJ besar nie...Keredhaan yang MisJ cari cukup bermakna bagi MisJ..kerna misJ sentiasa mendambakannya... Kebahgiaan bersama seseorang yang bergelar kekasih halal masih lagi direnung, dicari,... ku bermohon padaMu ya Allah..sekiranya dia memeng di takdirkan untuk aku..biarlah die mampu membimbing aku ke jalanMu, wujudlah rasa cinta yang mendalam sesama insan dalam dirinya untukku..namun sekiranya dia bukan untukku..hilangkanlah rasa cinta itu, dan kembalikanlah aku untuk mencintaiMu selamanya..Temukanlah dia dengan insan yang benar2 dapat membahagiakan dia di dunia dan akhirat. Hilangkanlah perasaan kasih ku kepada dirinya...kerna ak tidak layak mencintai dia jika dia bukan diciptakan untuk ku.. tempatkanlah dia dalam golongan org yang dikasihi olehMu, lindungilah dia dari sebarang kejahatan kerna ak tak sanggup melihat dia menderita.. Ya Allah tetapkanlah aku untuk terus berada dalam jalan MU...matikanlah ak dalam jalanMU bila tiba masanya..aminnnnn..

Friday, February 10, 2012

Malam yang mencabar


Hye semue....
hmmmmmmmmmmmm...
ary nie mis J xthu knape...really hate dis feeling..
mis J masih lagi mempersoalkan kanpe kita sebagai manusia xboleh nak respect kehidupan peribadi orang laen..kenapa perlu d ceroboh hak orang laen...kamu tak de rase bersalah ke?
mis J paling benci org mcm nie...mis J thu mis J manusia biasa xlayak untuk menyatakn atau menyuarakan rasa benci itu kerna ia sifat syaitan...tapi mis J mmg xpuas aty sangat345 pada manusia mcam nie....xthu la nak kelaskan die dlam ktegori mne...krna skali die dah ceroboh..maknenye..hilang dah tembok kepercayaan mis J pada dia........kepercayaan yang di letakkan pada kita bkan mudah untuk di pikul..amat berat..sebab itu kita kena pikul berhati2..takot tercicir orang laen dapat...bila dah org laen dapt..maka xdela lagi simbol kepercayaan pada kita lg.

Thursday, February 9, 2012

Misiku dalam masa 2ary (11/02/2012 & 12/02/2012)


Hye semua....sihat ke??
ary nie misJ nak berkongsi sesuatu 
iaitu misi Mis J
misi MisJ yang sangat2 berguna pada MisJ kiranya...hhhiihi
ap die?
Mis J nak hafal satu surah yang amat mis J nk hafal dr dulu
surah ap??
adalah...
misi nyer..nak hafal dalam masa 2ary cuti nie..InsyaAllah...
doakan tok saye..hikhikhik
.
.

Tuesday, February 7, 2012

LAMARAN??

.
.
Ary nIe misJ updte smthg yg misJ rse pening..smpai xthu kat mne nak luah..
MisJ kne lamar dgn sorg kawan mIsJ..
Lamar ap?
Lamar tok kawen la..huhuhuhu
waaa....misJ xthu nak ckp ap cz misJ msih muda..(muda ke?)..hihihi
die ajak tunang dlm masa terdekat nie...what?
misJ cm xsedia...bru umur 26...
xmao la..
last2 misJ ckp kat org tu..suruh g smayang istikharah dlu...
mntak petunjuk...mne r thu die dpt ptunjuk ti yg misJ nie bkn calon tok die..
adussshhh2..pening pale mikirkannyer...sobsob
.
.
.

Friday, January 20, 2012

PILIHAN KITA 5/5


hye Kawn2..so stelah kite bace ap yang terjadi kepada Siti...ap komen anda.?
mesti ramai yang masih berfikir di manakah tempat kita di mata dan di sisi Allah s.w.t..
Mis J bukanlah seorang yang pandai agama..
tapi MIS J sentiasa berdoa agar Allah ampunkan segala dosa MIS J kat dunia nie..
bnyak kesilapan yang kita dah buat..kadang2 kita xsedar...
SITI beruntung kerna dh diberikan petunjuk drpada terus hanyut..
moga kita juga akn sntiase ditetapkan iman dan 
di berikan petunjuk dalam mngharungi kehidupan yang semakin mencabar..AMINNN.....
MCM2 ADA..klik kat------>bace lagi kat cnie
.

DOA 1
رَبَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat"
(Al-Mu'minun : 109)
DOA 2
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
(Al-Mu'minun : 118)

DOA 3
رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrim : 8)

PILIHAN KITA 4/5

Hye kawn2..so ary nie kite smbung crite Siti nie ye..nk abes dh... 
Smbungan dr 3/5...
.
Siti terus melayan perasaannya itu. Memikirkan ap yang telah terjadi sambil
Dia mengenangkan banyaknya kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya.
Kurnia yang diterima oleh mereka yang beriman mahupun yang kuffur.
Kurnia yang menjadi dugaan bagi menguji hambaNya di dunia ini.
Kurnia yang mana akan menentukan kebahagiaan hakiki di SyurgaNya atau azab yg tidak tergambar di NerakaNya.
Deruan angin pantai itu seakan-akan meniupkan semangat baru ke dalam diri Siti…
Ya Allah, terimalah taubatku… Bimbinglah diri ini ke arah yang diredhaiMu…
Biarlah apa orang nak kata lepas ini, aku akan cekalkan hati berubah,
Kerana ku cari redha Ilahi, bukan sanjungan duniawi,
Akan ku jaga sebaik-baiknya hidayahMu ini Ya Allah….
.
* Renungan *
Hadis 42 – Keluasan Keampunan Allah S.W.T
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

1st day at IPG TENGKU AMPUAN AFZAN

.
Today mis J nk cite smthg yg berkaitan gan khidupn mis J skrg iaitu sbg studnt....
hihihihihi..sti rmai xthu..skrg MIS J dh jd student kat IPG TENGKU AMPUAN AFZAN...bru sem 1...MIS J amek crse pemulihan di mana MIS J ajar math n BM bg bdak2 yg ad maslah dlm pmbljaran...ok la..nak cite smthg kat cnie...
mase smapi kat cnie 1 st day...punye la penat..angkut barg smpai tngkt 3..slamat la ad abg yg gagah perkasa a.k.a badang..hahahahaha..tolg angkatkan sparuh jalan..abang MIS J la...along...
klu die xde..xthu la cmne...
mis J dok kat A314..blok Anggerik...sbb dok angkt brg tu..miS J smpai nk terkucil.
so g toilet...slamat x kucil lg..rpenyer xde air...hukhuk..terpkse misJ tahan..
along bwk g station minyak kat luo..bru la..lepaskan hajat..
den mis j g  bli brg ckit...patu flying w/o wing ke asrama..
after dat terjupe la senior2...dorg kate..area block misJ mmg slalu xde air..
what??OMG...
time nak mandi...kami terpkse bejalan kaki sajuh 100 meter tok mandi...sob2..sadisnyer la...
punyer la jaoh nk jalan smate-mate nak mndi...
dah la kne queue plak 2...
redha jela..slamat r after 3 ary..air kat block kami dh ader blik...
klu x mao nages stiap ary pagi2 kui 530am nk bgon...huhuhu
sekian...

Wednesday, January 18, 2012

PILIHAN KITA 3/5

ok...sambungan dari 2/5:::
.
Golongan kedua yang akan kita kenali digelar sebagai golongan Qadariyyah. 
Mereka pula beriktikad bahawa setiap perbuatan yg dilakukan oleh manusia ialah menurut kehendak sendiri. Hingga menafikan Qudrat (kuasa) dan Iradat (kehendak) Allah di dalam kehidupan ini.
 Perkara ini juga jelas disangkal dengan adanya ayat di atas. 
Kerana jika kita mempunyai qudrat mengatasi Qudrat Allah, nescaya tidaklah kita sebagai hambaNya berhajat untuk meminta pertolongan Allah dan menyembahNya.
Betoi tak kawan2 sekalian??ish3
Nauzubillahiminzalik…
.
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula, 
iktikad kita ialah segala pekerjaan yang dilakukan itu dijadikan oleh Allah Taala
manakala usaha itu dilakukan oleh hambaNya (manusia)
.
Hal ini dapat kita lihat di dalam ayat ini;
“ Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yg kamu perbuatkan itu, ” (Surah Ash-Shaaffaat,96)
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya…. ” (Surah Al-Baqarah, 286).

Secara analogi(ayat besh ckit..hihihihi)yang mudah, saya ambil perbuatan makan. 
Allah menjadikan kita dapat makan.
 Manusia yang memilih untuk memakan makanan yang halal ataupun yang haram.
Hal yang sama juga dengan nafsu syahwat, Allah menciptakan perkara itu dan membenarkan ianya disalurkan.
 Manusialah yang memilih sama ada ingin berkahwin iaitu secara halal ataupun berzina iaitu secara haram.
ok? fahamkan..?kite continue lagi..

Namun sekiranyer kite sbgai manusia memilih untuk berzina atau memakan babi misalnya, bolehkah Allah menghalang perkara itu ? Tentu sahaja boleh.
Namun dibenarkan ianya berlaku meskipun Allah cukup murka mengenainya. 
Ini kerana dunia merupakan medan ujian ketaatan hambaNya.(masih ramai xmengetahuinyer..huhuhuuhuhu...)
.
 Melalui sifat Rahman (Maha Pemurah) Allah, kesemua makhlukNya menerima nikmat. 
Namun hanya dengan sifat ar Rahim (Maha Penyayang) Allah, 
seseorang hamba diizinkan memasuki syurgaNya.
Namun, berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh Allah?
Pasti ramai antara kita yang masih macam tu...

kite sambung pada entry akan datang plak ye..tunggu...

3/5

Tuesday, January 17, 2012

PILIHAN KITA 2/5

SAMBUNGAN 1/5..........
.
Namun begitu, kuliah pagi “Tanyalah Ustazah” di TV6 pagi itu begitu menjentik mindaku. Memaksa fikiran ini untuk menilai kembali falsafah yang ku pertahankan selama ini…
“Para pembaca yang dikasihi Allah sekalian.
Terdapat perbezaan yang nyata antara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini.
Golongan pertama yang digelar golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan Allah.
Kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya.
Para pembaca sekalian, iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali solat iaitu
.
“ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,” (Surah al-Fatihah, 5)”
.
Secara jelasnya kandungan ayat ini menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan Allah.
Islam menuntut kita berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Boleh jadi kehendak Allah sama dengan kehendak kita. Namun jika tidak, sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan bertawakal di atas usaha kita itu.
.
2/5

PILIHAN KITA I/5


Pilihan untuk dipilih
Antara kekal bergelumang dosa atau bangkit mencari sinar…
Di dalam keheningan pagi takkala embun masih belum lagi disejat mentari,
berdiri seorang gadis di gigi pantai.
Hempasan ombak yg membasahi kakinya seakan-akan tidak memberikan apa – apa kesan kepada dirinya.
Dia begitu resah dihambat dilema nuraninya.
Semalam, wajahnya yang dilihat hasil pantulan di dada Tasik Kenyir itu jelas penuh tercoret dengan dosa-dosa semalam.
Semalam dan kelmarin, sebulan dan setahun yang lepas.
Kesilapan-kesilapan yang sama namun tetap terus dilakukan olehnya.
Bukan tidak mengetahui tegahan syarak, bahkan jauh sekali cuba mencabar kemurkaan Ilahi. Cuma kedaifan diri menangkis asakan duniawi yang menggamit sejuta keasyikan.
Keseronokan menuruti syahwat itu jelas MERAJAI dirinya.
“Tahniah”, dirinya tetap “istiqamah” untuk kekal bersama keadaan itu lantaran teguh mengenggam ‘fatwa-fatwa’ para ‘sahabat sejatinya’….
Siti, kita ni manusia je… Hamba Allah yang lemah, tak lari dari buat dosa.
Tidak lari dari berburuk sangka, susah nak kawal diri dari berkecil hati…
Sekuat mana pun kita berusaha, kita tetap hambaNya yang tidak sempurna…
Jadi hiduplah seperti mana yang “ telah Allah tentukan”
begitu bernas nasihat yang sering ‘Ustazah’ Farah berikan terhadapku…
Ya, akan ku jadikan pesanan itu sebagai azimat menempuh kehidupan ini…
1/4

4 u to RECALL III

Apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian YERK??PERNAH ANDA TERFIKIR MENGAPA??

“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

OLEH ITU RAKAN SEKALIAN KITA PERLU INGAT..

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita

4 u to RECALL II

“Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Monday, January 16, 2012

4 u to RECALL

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,

Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab

Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.

Tapi…... guru bertanya kembali

Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan..KALAU ANDA DITANYAKAN SOALAN ITU..AP JAWAPAN ANDA???

Bukan kesempurnaan yang ku pinta III

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku...
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Sunday, January 15, 2012

Bukan kesempurnaan yang ku pinta II

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hatii dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba

Bukan kesempurnaan yang ku pinta I

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb,
supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Saturday, January 7, 2012

Terungkai..

Kadang2..kita rse..ap yg kita bicarakan..smuenyer betul..bile 1 saat kite cbe menyesali n meminta maaf...namun tiada balasan...hati kite kmbali terluka kali ke-2... Tiada ap yg perlu di ungkapkan lagi...biarku simpan segala ungkapan, perbuatan, penyesalan, keperitan ak sendiri....stelah sekian lama kau dtg kembali padaku...seperti tiada apa yang berlaku...namun..hati ini seakan kebal... Sambil berfikir, smbil mempersoalkan...adakah cinta di hatimu untukku lg,..adakah cinta@sayang ak padamu lagi?
Telah ku temui jwapannya...mungkin ak bkan di takdirkan untukmu..ak bkan yg terbaek untuk mu...

Thursday, January 5, 2012

Kekeliruan ku

Ya Allah,andai perasaan kasih dan cinta ku ini tidak bermakna lagi,lenyapkanlah ia dari dalam diriku..kerna ku tak berdaya, melayari hari-hari yang berlalu tanpa merindukannya..
Dalam kehidupan kita seharian, pasti tidak akan lari dari persoalan soal hati.. Di dalam kita berurusan dengan kesibukan hari demi hari, akan sentiasa kita terfikir mengenai perasaan cinta.. Apakah sebenarnya cinta? Sedang aku sendiri masih lagi samar di dalam pengertian cinta.. Sedang aku sendiri masih memburu cinta.. Sedang aku masih mencari cinta.. Apakah cinta itu?
Dan aku percaya, dalam kita tidak tahu pengertiaan dan maksud yang sebenarnya cinta.. Kita mengaku kita pernah jatuh cinta.. Kita mengatakan kita di lamun cinta.. Kita asyik dengan asmara cinta.. Akan tetapi, apakah sebenarnya cinta itu pada kita..

Monday, January 2, 2012

my Future Career

Assalamualaikum...waa...sejak sekian lame Mis J xupdte blog nie...
sbbkn bz..sush nk updte..huhuhuhu
today Mis J hnye dok kat umah...
so ad la mse nak update...
skarng Mis J dh keje..
kat TM a.k.a Telekom Malaysia,..
Mis J keje cmne??
mis J keje at call center as a technical supporter..
waaa...manyak susah woo...
skrg kat KL...cmne idup nie??
idup masih perlu di teruskan...huhuhuhu