BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to my blog

Welcome to my blog

JULIANA MARISSA BERCERITA

:::::TERIMA KASIH KERANA MEMBACA::::::

Tuesday, January 17, 2012

PILIHAN KITA 2/5

SAMBUNGAN 1/5..........
.
Namun begitu, kuliah pagi “Tanyalah Ustazah” di TV6 pagi itu begitu menjentik mindaku. Memaksa fikiran ini untuk menilai kembali falsafah yang ku pertahankan selama ini…
“Para pembaca yang dikasihi Allah sekalian.
Terdapat perbezaan yang nyata antara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini.
Golongan pertama yang digelar golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan Allah.
Kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya.
Para pembaca sekalian, iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali solat iaitu
.
“ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,” (Surah al-Fatihah, 5)”
.
Secara jelasnya kandungan ayat ini menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan Allah.
Islam menuntut kita berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Boleh jadi kehendak Allah sama dengan kehendak kita. Namun jika tidak, sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan bertawakal di atas usaha kita itu.
.
2/5

PILIHAN KITA I/5


Pilihan untuk dipilih
Antara kekal bergelumang dosa atau bangkit mencari sinar…
Di dalam keheningan pagi takkala embun masih belum lagi disejat mentari,
berdiri seorang gadis di gigi pantai.
Hempasan ombak yg membasahi kakinya seakan-akan tidak memberikan apa – apa kesan kepada dirinya.
Dia begitu resah dihambat dilema nuraninya.
Semalam, wajahnya yang dilihat hasil pantulan di dada Tasik Kenyir itu jelas penuh tercoret dengan dosa-dosa semalam.
Semalam dan kelmarin, sebulan dan setahun yang lepas.
Kesilapan-kesilapan yang sama namun tetap terus dilakukan olehnya.
Bukan tidak mengetahui tegahan syarak, bahkan jauh sekali cuba mencabar kemurkaan Ilahi. Cuma kedaifan diri menangkis asakan duniawi yang menggamit sejuta keasyikan.
Keseronokan menuruti syahwat itu jelas MERAJAI dirinya.
“Tahniah”, dirinya tetap “istiqamah” untuk kekal bersama keadaan itu lantaran teguh mengenggam ‘fatwa-fatwa’ para ‘sahabat sejatinya’….
Siti, kita ni manusia je… Hamba Allah yang lemah, tak lari dari buat dosa.
Tidak lari dari berburuk sangka, susah nak kawal diri dari berkecil hati…
Sekuat mana pun kita berusaha, kita tetap hambaNya yang tidak sempurna…
Jadi hiduplah seperti mana yang “ telah Allah tentukan”
begitu bernas nasihat yang sering ‘Ustazah’ Farah berikan terhadapku…
Ya, akan ku jadikan pesanan itu sebagai azimat menempuh kehidupan ini…
1/4

4 u to RECALL III

Apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian YERK??PERNAH ANDA TERFIKIR MENGAPA??

“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

OLEH ITU RAKAN SEKALIAN KITA PERLU INGAT..

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita

4 u to RECALL II

“Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”