SAMBUNGAN 1/5..........
.
Namun begitu, kuliah pagi “Tanyalah Ustazah” di TV6 pagi itu begitu menjentik mindaku. Memaksa fikiran ini untuk menilai kembali falsafah yang ku pertahankan selama ini…
“Para pembaca yang dikasihi Allah sekalian.
Terdapat perbezaan yang nyata antara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini.
Golongan pertama yang digelar golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan Allah.
Kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya.
Para pembaca sekalian, iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali solat iaitu
.
“ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,” (Surah al-Fatihah, 5)”
.
Secara jelasnya kandungan ayat ini menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan Allah.
Islam menuntut kita berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Boleh jadi kehendak Allah sama dengan kehendak kita. Namun jika tidak, sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan bertawakal di atas usaha kita itu.
.
2/5

0 orang yang cute usha blog MISZ J la..:
Post a Comment